Wednesday, October 17, 2012

nice view of Kuala Lumpur

http://my.news.yahoo.com/time-lapse-photographer-releases-stunning-video-of-kl.html

Permualaan Bulan Yang Agak Menarik

October da sampai pertengahan... dengan kehendak Allah.. banyak perkara baik berlaku dalam permulaan bulan ini.. syukur .. tapi Cuppa ianya hanya khabar.. belum lagi pasti .. yang pasti hanya yg Esa tau..

Perkara pertama .. Cuppa ditawarkan bekerja dengan sebuah syrikat perkapalan.. juga berpengkalan di Kuala Lumpur.. Tetapi , Cuppa difahamkan Aktiviti project banyak dijalankan di Vietnam... Huuhhh.. rezeki tu.. dengan gaji naik 50% .. then dpt allowance keje luar lagi.. Cuppa dah terima tawaran tu.. Actually bos company ni memang kenal.. kira bos lama la... tapi ini da 1 week da.. Offer Letter tak dpt lg..

Dalam masa menunggu Offer Letter tu.. dapat call dari orang yang memang Cuppa kenal... hahha.. call and bagi hint kerja dengan dia.. argghhhh.. mmg aku pg kat dia je la.. tapi .. ini pun tak pasti.. heisshhhh...

dalam minggu yang sama jugak.. Cuppa and Wife letak deposit untuk beli rumah.. hahha.. 1st house umah impian hampir tercapai.. moga-moga loan lulus.. tapi.. bab loan ni.. ramai member kata tak lepas .. sebab company Cuppa ni tak kukuh.. kira macam nk tutup.. so.. bank tak berani nak bg loan.. alamak hai.. cam tu pulak..
tapi tak per.. Cuppa tawakal jer submit permohonan loan tu.. Cuppa percaya yang lepaskan loan tu Allah.. ye.. yakin.. 150%... Doa jer...

Thursday, October 4, 2012

Bersua Kembali.

Salam...

Lama da tak update blog ni.. tak tau kenapa.. sibuk ker or da tak minat nak layan blog. Sejak ada anak ni da tak der masa untuk diri sendiri.. All about child and wife.. yeah.. its fun and i enjoy it.
Last update on february 2012. Fuhhh ... siap boleh lupa last post pasal ape.. siap baca balik..haha..

In seven month, nothing much different. Kerja .. still the same .. cuma makin x de keje kat office ni.. ermmm..  will see until this end year.. kalau tak boleh bla gak .. kene cari lain....

rezeki... haha.. ni yg best sikit.. atas hasil usaha bersama adik dan kawan dia.. Cuppa da berjaya buka satu syarikat katering sendiri... dengan modal dari orang-orang tersayang.. hehe means pinjaman dari mereka yg sayang kami... bulan april.. dengan rasmi kami beroperasi. Alhamdulillah boleh la tambah pendapatan.. kalau nak sila lawat www.hijrahcaterer.com  

Others.. baru-baru dapat tawaran part time wt project account .. bantu member baik ni ha.. company oil and gas.. boleh tambah pendapatan... haha

My lovely wife.. da dapat kerja sekarang.. boleh la bantu Cuppa ni.. yang banyak hutang ni.. Company oversea katanya.. oil n gas gak.. harap2 kali ni dapat bertahan..

Anak.. semakin berakal... macam-macam da pandai... cakap n jalan je tak pandai lagi..

la... ni je ke rumusan yang aku boleh buat selama x update ni.. aiyoo...

My lovely daughter 



Thursday, March 1, 2012

Tiada Hati ... Tiada Matlamat...

Salam,



Feb, 27 2011, Isnin.. Kembali bekerja...
today hari rabu sudah.... datang kerja sekarang tak pernah nak tepat or awal macam dulu.... tapi balik tepat... 5.30... kat tempat kerja pulak.... buat benda lain lagi banyak daripada kerja office... kadang terfikir Cuppa.... halal atau tidak rezeki yang Cuppa dapat.... sebab banyak mengular.. macam datang lambat la .... ponteng lah... rasa menyesal pun ada kalau fikir... tapi Cuppa fikir.. one day if i get other and better jpb then here .. i must to meet the owner of this company... mintak maaf and mintak halal... and be transparent with them.... kalau tak rsa macam tak halal la pulak rezeki nih....

tapi... untuk kebenaran atas sebab musabab benda-benda ni berlaku ... Cuppa da macam malas nak pergi kerja... da tak der passion tuk bersemanagt bekerja... antara sebabnya... Cuppa rasa Cuppa kerja da tak fokus dan tiada matlamat....

Teringat once upon time ago... Cuppa bersemangat untuk kerja... nak capai target and KPI... semua benda yang Cuppa buat nampak hasilnya.. dan nampak Cuppa and team menyumbang sesuatau untuk Company... Other, we have to prove that we have capability to do all job that our boss give to us... masing-masing nk tunjuk hebat yang kita boleh buat kerja... and open their eyes to give us promotion and yang paling penting naik gaji...  tapi kalau pasal gaji .. jangan pula fikir yang Cuppa ni pentingkan duit... I'm not the person who motivated by money and I think all my colleagues pun macam tu juga...  But we work with all our heart .. and we deserve to get salary untuk teruskan hidup...
Inilah namanya matlamat...

Dah lama tak rasa perasaan ni.. semenjak pelbagai buaya dan naga tidak sedar diri mengelapkan ape saja yang boleh di nilai... ape yang boleh di nilai... hope readers understand what its mean to...

Tapi , sekarang kat office semua datang awal even thought they not motivated like me .. hahaha.. the other reason if... Cuppa tidur tak nyenyak... my princess malam-malam bangun nk susu.. so nak bangun pun susah...

Ok.. back to the point... tiada hati.. seperti yang Cuppa tulis diatas tadi.. salah satu sebab kerja dah tiada matlamat... dah tak der ape nak kejar... da x der ape nak dicapai... buat kerja macam nak mati pun tidak akan jadi aper... kalau dulu ada KPI yang nak di kejar... sekarang sape pun nak pandang... tapi kalau nak fikir sangat pasal benda ni... nanti kerja pun da tak ikhlas... bila dah tak ikhlas... Tuhan pun susah nak bagi rezeki ... so.. let it go... just follow the flow...

Untuk elak kan perkara ini bertambah teruk... Cuppa akan buat target sendiri.. go to hell with KPI ... day by day,, i'll make sure every issue yang timbul... Cuppa akan selesaikan.. biarlah tak naik pangkat or gaji... janji kerja yang Cuppa buat ada hasil, ikhlas and Cuppa pun puas hati bila settle sesaatu masalah...

Just masalah dengan manusia Cuppa tak boleh nak settle.. let it go... sebab ada masalah was created by myself... If not myself.. Cuppa da maafkan... tapi nak pandang... memang tak boleh...

Lastly, for the time-being .. I'll motivate myself.. for my future which can effect my life and family... 

Salam,

Cuppaburn

Sunday, February 26, 2012

Happy 1st Anniversary Mi Amor Lily

Selamat Ulang Tahun Perkawinan sayang ...
This just for You..
Alhamdulillah .. jodah kita masih terpelihara...
Seorang puteri adalah hadiah terindah yang di anugerahkan oleh-NYA untuk kita...
Terima kasih kerana sudi menjadi adinda di hati..


Monday, February 20, 2012

Note From My Sister


Salam,

Note from my lovely sister.. Buat Cuppa terfikir dan memahami sifat dalam diri ini.... harapan menjadi baik ... bukan mudah... this note menyedarkan Cuppa about something yang tidak ada dalam diri untuk mengejar kebaikan..

Perlahan, tetapi istiqomah 
Menjadi ‘baik’ bukan mudah. Bahkan, kalau kita memberatkan kepala kita dan berfikir terlalu jauh, maka kita akan lihat betapa kita ini memang tidak akan mampu menjadi ‘baik’. Sebab akhirnya kita akan melihat betapa ‘baik’ itu sendiri hakikatnya adalah satu kesempurnaan. Mustahil manusia akan mencapai kesempurnaan. Tetapi manusia masih boleh bergerak ke arah kesempurnaan. Walaupun mungkin tidak akan mencapai kesempurnaan, namun dalam perjalan manusia mencari kesempurnaan itu, insyaAllah dia akan meningkat ke arah kebaikan demi kebaikan. Semakin jauh perjalanannya di atas jalan mencapai kesempurnaan, semakin tertingkat dirinya. Sebab itu hendak menjadi ‘baik’ perlu disertai dengan kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati. Mula dengan perkara-perkara asas yang hendak diperbaiki. Buat jadual dan wujudkan target. Lakukannya perlahan-lahan tetapi pastikan ia berkekalan. Inilah dia jalan mereka yang telah berjaya melakukan perubahan. Suka kami menyatakan betapa manusia itu bukan seperti Plastisin yang diketuk terus berubah bentuk. Tetapi kami percaya bahawa manusia ibarat tanah liat yang hendak dibuat tembikar, perlu dibentuk perlahan-lahan dengan penuh kehalusan.


Bergeraklah menjadi baik. Walaupun payah dan sukar
Tiada yang pernah terlewat menjadi baik selagi belum mati, sebelum matahari terbit dari barat. Namun yang membuatkan kita tidak boleh melakukan penangguhan dalam bergerak menjadi baik adalah kita tidak tak tahu bila kita akan dijemput oleh kematian. Sebab itu, memang better late than never. Tetapi better not late at all. Memang menjadi ‘baik’ mengikut acuan Allah ini sukar. Kita perlu jaga diri kita 24/7/. Perlu sentiasa berjaga-jaga. Kalau buat salah perlu segera istighfar dan bertaubat. Macam-macam. Namun itulah dia mahar untuk mendapat rahmat Allah SWT yang tidak berbelah bagi. Dan kami penumpang bahtera tidak pernah nampak kerugian dalam berusaha menjadi baik. Mungkin rugi sedikit perkara-perkara kepuasan nafsu dan keseronokan dunia, tetapi untuk kehidupan di atas dunia yang harmoni dan bahagia, untuk kehidupan di akhirat yang abadi selamanya, apalah sangat pengorbanan sedikit kita itu. Allah bukan kejam. Setiap amal ada balasan. Setiap pengorbanan, ada timbal baliknya. Allah Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih, lagi Maha Bijaksana.

 Note From Siti Fatimah Azzahra.
Thanks for the advice my dear sis...

 Salam ,
 Cuppaburn

Saturday, February 18, 2012

Genap Sebulan.

Salam...

18th Feb 2012, today.. genap sebulan umur baby... and my wife still dalam pantang... yang baik nya... my wife da semakin sembuh... sakit kesanpembedahan da semakin kurang.. dan pergerakan semakin aktif... tetapi.. makan still berpantang... kadang-kadang emosi my wife tak menentu... mungkin disebabkan x keluar rumah dan terlalu banayk pantang larang yang dia kene ikut...as her husband... Cuppa kene banayk bersabar menahan kerenah.. orang kata .. wanita lepas bersalin ni.. sensitif... kalau tak tahan boleh jadi mental problem.. orang Malayu kata " gila meroyan". Hope my wife can go throw all this pantang larang... yang paling dia tension... sebab tak boleh kuar jalan-jalan.. Cuppa pun sama.. nak jaga hati dia... Cuppa da lama tak kuar jalan or lepak-lepak dengan member..

Semakin hari semakin pelbagai ragam Baby... siang memang dia banayak tido.. memenag mudah tidur.. but every 2 hours.. dia kan bangun menagis nak susu... semakin hari semakin kerap dan kuantiti susu semakin banyak... haha.. pipi dia pun da naik bulat...
but.. the worse thing happens to us...  kami memang tak cukup tido... Semakin hari Xyra semakin pandai.. tida nak kene dukung or kene hug... kalau letak kat dalam baby court ... memang tak tido la dia.. merengek satu malam... lampin dia pun kene tukar selalu...

After 1 month.. kami da pro nak tukar lampin dia.. nak pakai kan baju dia.. we use to it... jadual menyusu dia pun kami da dapat baca... tak cukup tido pun da biasa bagi kami... memang sleepy pergi kerja... tapi da sebulan ni.. kami da boleh biasakan diri... the best part... kami semakin faham tetang Xyra... even though she can't  talk.. but we understand what she want.. bila dia menjerit.. sama ada dia lapar  atau lapin dia da penuh of urin.. or final.. kalau dia menangis jugak... memang dia nak kene angkat.. we can see how manja this girl...

Berat naik 1 kg... akal semakin panjang...
Salam ,
Cuppaburn

Kami Baru Belajar

Salam...

Untuk pertama kalinya Cuppa and Wife menukar lampin ... buat susu... mandikan anak.... wa..... semuanya pertama kali....

Minggu pertama kelahiran huhuhu... penat nya lah badan... in a week Cuppa kene jaga my wife yang x boleh nak bergerak .. then take care of our baby... kat hospital kurang la sikit jaga baby... tapi bila balik kampung.. my mom said we have to learn everything what she have done to us ketika dulu... ha.. baru la tau pengorbanan my parent dulu... mahu dari segi fizikal, mental.. and kewangan... banyak yang perlu dikorbankan..

2nd week.. wife berpantang... ermmm... sangat pnat menjaga kedua-dua pemaisuri Cuppa ni... pagi-pagi da kene bangun tuk siapkan wife... air rebusan daun-daun .. its some of traditional bath... sometime i have to shampoo her hair... she really need it... after that kene lumur the hold her body with bedak panas... ini semua untuk pulihkan badan dia...  ini da menjadi rutin setiap hari...

For the baby... my everyday nenek dia mandikan dan siapkan dia... owhh... without my mom... x tau la cm ner nak urus baby... evey 2 hours everydays... Xyra kene minum susu... tuk make sure demam kuning dia tak semakin teruk... arggg... malam memang kene selalu berjaga... coz Xyra memang susah nak tido malam... memang mengantuk... then pagi-pagi da kene pg kerja...


Salam,
Cuppaburn

Tuesday, February 7, 2012

Puteri Cuppa and Wife

Salam,

Tanggal 17 January 2012, alhamdullillah, Puteri kami telah selamat dilahirkan dengan cukup sifat dan telah di azanka Cuppa sendiri. Tepat jam 3.38 petang di Hospital Pakar Darul Ehsan di Shah Alam.

Dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga Cuppa ucapkan kepada yang Masa Esa kerana semua selamat. Nama Puteri Xyra Nur Insyirah telah diberikan dengan Xyra bermaksud Bunga Ros, Nur pula Cahaya dan Insyirah kami ambil dari salah satu nama Surah didalam Al-Quran yang membawa maksud ketenangan,

Semoga Puteri Xyra dapat memberikan cahaya, ketenangan dan rezeki kepada rumah tangga kami.

Haha.. Muka sekarang sudah ada senyum... segala masalah terus hilang dari fikiran... semua sebab Xyra... segala masalah Cuppa rasa hilang bila tengok wajah Wife and anak... Walaupun masalah memang tak selesai lagi... Betullah kata orang... wajah isteri dan anak memang mendamaikan jiwa...
Sekarang .... baru Cuppa tau pengorbanan ayah dan ibu... ibu yang melahirkan Cuppa dan ayah yang banyak berkorban untuk Cuppa.. tak terbalas rasanya... terima kasih Ibu ayah... baru sekarang Cuppa rasa ape yang mereka pernah lalui untuk membesarkan anak.

Pada saat ini, Bermulalah cabaran baru dalam hidup Cuppa. Setapak kehadapan membawa cabaran sebagai seorang bapa. Permulaan yang sangat mencabar... Moga Tuhan dalam membantu dan mempermudahkan Cuppa mengharungi cabaran ini dengan penuh berkat. Amin











Salam,
Cuppaburn.

















Wednesday, February 1, 2012

Pengalaman Pertama





Salam,


Lama sudah Cuppa tak update blog. Sungguh sibuk dengan permaisuri baru Cuppa. Debaran untuk melihat cahaya mata Cuppa yang pertama telah pun dihadapi dengan pelbagai cabaran.

Tanggal 16 Jan 2012, wife Cuppa check in ward bersalin di Darul Ehsan Medical Central, Shah Alam. Pada jam 8.00 am wife Cuppa di masukkan ke bilik pembedahan (labour room) .
On 9.30 am , 1st medicine for induce dimasukkan . Now, we are scaring of  what will happens next. Cuppa and wife hanya berdoa dan bertawakal kepadaNYA , semoga semua berjalan lancar.

Around 12 pm . Wife Cuppa dipindahkan  ke wad. Kini Kami hanya menunggu ... Around 4 pm Wife Cuppa telah merasa sakit yang amat. Ini adalah kesan ubat yang dimasukkan tadi pagi. Kesakitan mula berterusan disebabkan servical Wife Cuppa sedand membuka... Doctor kata servical tu kene buka hingga 8cm baru bolah bersalin. Kesakitan berterusan hingga pukul 10 malam.
Arggghhh.. macam-macam perasaan Cuppa. Sangat kesian dengan wife yang sedang menahan sakit.. tapi hanya Tuhan saja yang dapat membantu wife Cuppa sekarang ni.
After 10 malam barulah Sakit tu hilang sikit. Wife Cuppa terus tidur sebab terlalu penat tahan sakit.


17 Jan 2012, 8 pagi lagi wife Cuppa sekali lagi masuk Labour Room. Air ketuban telah pecah. Kali ni Dortor masukkan ubat untuk induce pakai water drip pulak. Terus rasa sakit.
12.00 tengah hari, servical masih belum terbuka until 2 petang. Oleh kerana wife Cuppa terasa sakit yang amat. Dengan perbincangan kami wife Cuppa ambil Epidural untuk release the pain.
Now wife Cuppa da tak terasa sakit and baby pun dalam keadaan baik.

Around 3pm , servical masik tidak terbuka, tetapi yang lebih merisaukan heart beat baby semakin lemah. Semakin lama semakin menurun. Dalam pukul 3.15 Baby disyaki sedang lemas sebab degupan jantung semakin perlahan. Urgent operation terpaksa dilakukan untuk selamatkan baby dan wife Cuppa.


Alhamdulillah, operation berjalan lancar, selang beberapa minit doctor memanggil Cuppa unutk melihat baby. Yeahhh... Baby girl... Alhamdullillah.. azan pun Cuppa laungkan ke telinga baby Cuppa.
Tetapi hati masih risau memikirkan tentang Wife Cuppa yang tidak keluar dari Operation theater.
Alhamdullillah sekali lagi lagi. Lepas 1 jam baru Wife Cuppa keluar dengan selamat.

Kegembiraan jelas terpancar di muka parent kami. Lebih-lebih lagi wife Cuppa. Baby selamat dan wife Cuppa pun selamat.

Saturday, January 14, 2012

Roti Canai And Mee Sup Terbaik KL

Salam,

On Last Monday, my brother and my friend dah buka gerai makan diaorang.Tercapai gak cita-cita my brother nk bukak kedai makan dengan bantuan rakan niaganya. Walaupun kecil tapi mungkin ini satu permualaan bagi mereka untuk bertapak dalam bidang perniagaan makanan. Mereka juga menyediakan khidmat catering. Tahniah dan selamat maju jaya to both of you.

Bertempat di Bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) and Bangunan TV Al-Hijrah. Hadapan Masjid Negara Kuala Lumpur

Menyediakan menu sarapan pagi kuih -muih, nasi lemak and yang paling best roti canai. Susah nak cari pembuat roti canai melayu sekarang ni... so sape nak rasa mai la ramai-ramai... tempat ni dekat je ngan Masjid Negara.

Makan tengah hari pulak.. diarang sajikan dengan mee and bee hoon sup or kari dan yang best Nasi Briyani... terangkat  dude...






Cuppaburn

Friday, January 6, 2012

1st week of 2012 yang tak berapa nak best...

salam,

End of 1st week in 2012... ermmmm...
nothing happens... just satu persatu masalah 2011 da Cuppa selesaikan.... Hutang done..*timbul hutang baru... hahahaha*.
friendship... goes on as before... tutup mulut longkang orang...?? MANA BOLEH...!!! manage jer...
Office... ?? naluri semakin kuat mengapi-apikan supaya tinggalkan jer... gaji x dapat lagi.. huhuhuhu....
my wife...? still happy with me... perut makin besar dan matang... tunggu masa jer nk keluar baby... ini lah yang buat happy dalam minggu ni...

All... minggu yang tak productive langsung....


last baby check-up Look at the graft closely ... baby ini sungguh aktif yer....  heart beat 168... tinggi untuk baby dalam kandungan... terlalu aktif... tapi kalau da more then 170 ... da bahaya... something wrong... kata nurse DEMC tu la...
Dengan penuh semangat Cuppa balik kerja tepat.. 5.30 pm  balik umah... sampai jer kat LRT  KLCC  train ada problem pulak... arggg... punya la ramai umat .. sebab frequency 1/setengah jam...
Can see from pic... da naik train pun stuck.. train x jalan ...
p/s: eh ..! awek baju merah tu pandang Cuppa la.. hehe


tips bila berlaku kes cam ni... *naik train yang bertentangan dengan destinasi kita... then turun di 1st stop... then amik train menghala destinasi kita kat situ..

Contoh.. Cuppa balik ke Kelana Jaya... so... Cuppa naik train menghala Gombak... turun di Ampang Park... then naik train ke Kelana Jaya dr Ampang Park tu... Cepat sikit... tak la beratur panjang...












 In the same week ... Cuppa and family makan di Nando's... Part yang paling best ialah... bila tengok adik ipar Cuppa makan... Makan ayam Nando's macam makan kat rumah... x puas katanya kalau makan pakai fork n spoon...





Cuppaburn

Thursday, January 5, 2012

[video]Courageous Wheelchair Man

Salam,

As a kaki u-tuber... Cuppa found this video...  see and think... boleh ker kita bertindak spontan as you will see in this video...

For mem RESPECTS to you!!!


Cuppaburn

Wednesday, January 4, 2012

Job Hunt 2012 Started

Salam,


Da 3 tahun Cuppa di kerja di company yang sama. Dah tiba masanya Cuppa mencari peluang yang lebih baik untuk career dan keluarga.


Target next Company ialah Company Oil and Gas Industry yng lebih besar and terjamin. Hope with my experience and knowledge yang ada ni ... dapat ambil hati HR-HR team kat company tu. Because from my experience yang lalu. Company besar-besar ni, resume yang kita hantar di tapis oleh team HR. Then baru la bos Account or project team review. That what I know lah, Tak tau lah , if Im Wrong .. please correct me... * betul ker english aku ni...*


Actually banyak sebab Cuppa nak cr kerja lain. 
1st   memang untuk my future and family... da lama tak berbakti ngan parent. 
2nd sebab da lama sangat kat company sama... pangkat memang tak naik lah... sebab bayak sangat orang atas... 
3rd sebab environment da tak best. Kene tukar... baru la motivated.
4th baru la pasal gaji... dua hidup sorang .. la ni da berdua... end month insyaalah bertiga ... so... kene cari lebih...
5th... Nak beli rumah....


Banyak company yang Cuppa da apply, Harap sangkut satu dua... insyaallah...


Cuppaburn




Monday, January 2, 2012

Welcome 2012

Salam,

2011 telah meninggalkan kita... usia semakin meningkat.. Collection kenangan pahit dan manis, kejayaan, pengalaman dan pengetahuan semakin bertambah. Semoga kedatangan 2012 akan menjajikan kebahagiaan untuk semua.

Bagi Cuppa Alhamdulillah Tuhan telah memberi peluang kepada Cuppa dan keluarga untuk meneruskan hidup dalam dunia yang dipinjamkan NYA. 2011 meninggalkan beribubu kenangan pahit manis bagi Cuppa. Tahun 2011 Cuppa telah mendirikan rumah tangga dan akan menimang cahaya mata.

Tahun 2011 yang lalu adalah tahun yang mencabar bagi Cuppa. Ini lah  tahun yang banyak mengajar Cuppa erti kedewasan . Tahun yang mengajar Cuppa erti ketabahan, usaha dan sabar. Pelbagai rintangan, dugaan, oahit dan manis berlaku . Pengajaran dan tauladan ini lah yang mengajar Cuppa menjadi manusia .

Tidak banyak kejayaan yang Cuppa kecapi pada 2011. Sekadar kejayaan biasa untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal. Tiada apa yang diharapkan pada 2011 sekadar ingin meneruskan hidup bahagia bersama keluarga yang dicintai.

Secara keseluruhan, apa yang diharapkan pada 2011 tidak menjadi, Ia lebih kepada pengajaran dan tauladan sebagai teras untuk memulakan hidup dan berbakti pada keluarga.

2012, tahun yang Cuppa rasa akan lebih mencabar, Lebih-lebih lagi apabila menunggu cahaya mata yang pertama kami. Dari segi career pula, Cuppa mengahrapkan dan akan berusaha untuk maju kedepan lagi supaya Cuppa boleh berbakti pada Ibu bapa dan keluarga.
Ya...!! Berbakti pada Ibu Bapa dan keluarga, Inilah azam yang utama Cuppa. ringankan beban ibu bapa dan memberi pelindungan penuh pada keluarga yang dulunya memang Cuppa lalai unutk membuat sesuatu yang baik pada mereka. Tahun 2012, Cuppa akan tebus segala kesilapan ini.

Akhir kata, Cuppa bersyukur, Walau ape pun yang berlaku, pahit dan manis, Keluarga dan kawan -kawan sentiasa memberi sokongan . Tiada apa yang yang penting buat Cuppa kecuali keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi sejak dari kecil. Diharap pada tahun 2012 ini, akan menjadi lebih baik dan lebih bahagia untuk Cuppa, keluarga dan kawan-kawan.

Cuppaburn



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...