Sunday, February 26, 2012

Happy 1st Anniversary Mi Amor Lily

Selamat Ulang Tahun Perkawinan sayang ...
This just for You..
Alhamdulillah .. jodah kita masih terpelihara...
Seorang puteri adalah hadiah terindah yang di anugerahkan oleh-NYA untuk kita...
Terima kasih kerana sudi menjadi adinda di hati..


Monday, February 20, 2012

Note From My Sister


Salam,

Note from my lovely sister.. Buat Cuppa terfikir dan memahami sifat dalam diri ini.... harapan menjadi baik ... bukan mudah... this note menyedarkan Cuppa about something yang tidak ada dalam diri untuk mengejar kebaikan..

Perlahan, tetapi istiqomah 
Menjadi ‘baik’ bukan mudah. Bahkan, kalau kita memberatkan kepala kita dan berfikir terlalu jauh, maka kita akan lihat betapa kita ini memang tidak akan mampu menjadi ‘baik’. Sebab akhirnya kita akan melihat betapa ‘baik’ itu sendiri hakikatnya adalah satu kesempurnaan. Mustahil manusia akan mencapai kesempurnaan. Tetapi manusia masih boleh bergerak ke arah kesempurnaan. Walaupun mungkin tidak akan mencapai kesempurnaan, namun dalam perjalan manusia mencari kesempurnaan itu, insyaAllah dia akan meningkat ke arah kebaikan demi kebaikan. Semakin jauh perjalanannya di atas jalan mencapai kesempurnaan, semakin tertingkat dirinya. Sebab itu hendak menjadi ‘baik’ perlu disertai dengan kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati. Mula dengan perkara-perkara asas yang hendak diperbaiki. Buat jadual dan wujudkan target. Lakukannya perlahan-lahan tetapi pastikan ia berkekalan. Inilah dia jalan mereka yang telah berjaya melakukan perubahan. Suka kami menyatakan betapa manusia itu bukan seperti Plastisin yang diketuk terus berubah bentuk. Tetapi kami percaya bahawa manusia ibarat tanah liat yang hendak dibuat tembikar, perlu dibentuk perlahan-lahan dengan penuh kehalusan.


Bergeraklah menjadi baik. Walaupun payah dan sukar
Tiada yang pernah terlewat menjadi baik selagi belum mati, sebelum matahari terbit dari barat. Namun yang membuatkan kita tidak boleh melakukan penangguhan dalam bergerak menjadi baik adalah kita tidak tak tahu bila kita akan dijemput oleh kematian. Sebab itu, memang better late than never. Tetapi better not late at all. Memang menjadi ‘baik’ mengikut acuan Allah ini sukar. Kita perlu jaga diri kita 24/7/. Perlu sentiasa berjaga-jaga. Kalau buat salah perlu segera istighfar dan bertaubat. Macam-macam. Namun itulah dia mahar untuk mendapat rahmat Allah SWT yang tidak berbelah bagi. Dan kami penumpang bahtera tidak pernah nampak kerugian dalam berusaha menjadi baik. Mungkin rugi sedikit perkara-perkara kepuasan nafsu dan keseronokan dunia, tetapi untuk kehidupan di atas dunia yang harmoni dan bahagia, untuk kehidupan di akhirat yang abadi selamanya, apalah sangat pengorbanan sedikit kita itu. Allah bukan kejam. Setiap amal ada balasan. Setiap pengorbanan, ada timbal baliknya. Allah Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih, lagi Maha Bijaksana.

 Note From Siti Fatimah Azzahra.
Thanks for the advice my dear sis...

 Salam ,
 Cuppaburn

Saturday, February 18, 2012

Genap Sebulan.

Salam...

18th Feb 2012, today.. genap sebulan umur baby... and my wife still dalam pantang... yang baik nya... my wife da semakin sembuh... sakit kesanpembedahan da semakin kurang.. dan pergerakan semakin aktif... tetapi.. makan still berpantang... kadang-kadang emosi my wife tak menentu... mungkin disebabkan x keluar rumah dan terlalu banayk pantang larang yang dia kene ikut...as her husband... Cuppa kene banayk bersabar menahan kerenah.. orang kata .. wanita lepas bersalin ni.. sensitif... kalau tak tahan boleh jadi mental problem.. orang Malayu kata " gila meroyan". Hope my wife can go throw all this pantang larang... yang paling dia tension... sebab tak boleh kuar jalan-jalan.. Cuppa pun sama.. nak jaga hati dia... Cuppa da lama tak kuar jalan or lepak-lepak dengan member..

Semakin hari semakin pelbagai ragam Baby... siang memang dia banayak tido.. memenag mudah tidur.. but every 2 hours.. dia kan bangun menagis nak susu... semakin hari semakin kerap dan kuantiti susu semakin banyak... haha.. pipi dia pun da naik bulat...
but.. the worse thing happens to us...  kami memang tak cukup tido... Semakin hari Xyra semakin pandai.. tida nak kene dukung or kene hug... kalau letak kat dalam baby court ... memang tak tido la dia.. merengek satu malam... lampin dia pun kene tukar selalu...

After 1 month.. kami da pro nak tukar lampin dia.. nak pakai kan baju dia.. we use to it... jadual menyusu dia pun kami da dapat baca... tak cukup tido pun da biasa bagi kami... memang sleepy pergi kerja... tapi da sebulan ni.. kami da boleh biasakan diri... the best part... kami semakin faham tetang Xyra... even though she can't  talk.. but we understand what she want.. bila dia menjerit.. sama ada dia lapar  atau lapin dia da penuh of urin.. or final.. kalau dia menangis jugak... memang dia nak kene angkat.. we can see how manja this girl...

Berat naik 1 kg... akal semakin panjang...
Salam ,
Cuppaburn

Kami Baru Belajar

Salam...

Untuk pertama kalinya Cuppa and Wife menukar lampin ... buat susu... mandikan anak.... wa..... semuanya pertama kali....

Minggu pertama kelahiran huhuhu... penat nya lah badan... in a week Cuppa kene jaga my wife yang x boleh nak bergerak .. then take care of our baby... kat hospital kurang la sikit jaga baby... tapi bila balik kampung.. my mom said we have to learn everything what she have done to us ketika dulu... ha.. baru la tau pengorbanan my parent dulu... mahu dari segi fizikal, mental.. and kewangan... banyak yang perlu dikorbankan..

2nd week.. wife berpantang... ermmm... sangat pnat menjaga kedua-dua pemaisuri Cuppa ni... pagi-pagi da kene bangun tuk siapkan wife... air rebusan daun-daun .. its some of traditional bath... sometime i have to shampoo her hair... she really need it... after that kene lumur the hold her body with bedak panas... ini semua untuk pulihkan badan dia...  ini da menjadi rutin setiap hari...

For the baby... my everyday nenek dia mandikan dan siapkan dia... owhh... without my mom... x tau la cm ner nak urus baby... evey 2 hours everydays... Xyra kene minum susu... tuk make sure demam kuning dia tak semakin teruk... arggg... malam memang kene selalu berjaga... coz Xyra memang susah nak tido malam... memang mengantuk... then pagi-pagi da kene pg kerja...


Salam,
Cuppaburn

Tuesday, February 7, 2012

Puteri Cuppa and Wife

Salam,

Tanggal 17 January 2012, alhamdullillah, Puteri kami telah selamat dilahirkan dengan cukup sifat dan telah di azanka Cuppa sendiri. Tepat jam 3.38 petang di Hospital Pakar Darul Ehsan di Shah Alam.

Dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga Cuppa ucapkan kepada yang Masa Esa kerana semua selamat. Nama Puteri Xyra Nur Insyirah telah diberikan dengan Xyra bermaksud Bunga Ros, Nur pula Cahaya dan Insyirah kami ambil dari salah satu nama Surah didalam Al-Quran yang membawa maksud ketenangan,

Semoga Puteri Xyra dapat memberikan cahaya, ketenangan dan rezeki kepada rumah tangga kami.

Haha.. Muka sekarang sudah ada senyum... segala masalah terus hilang dari fikiran... semua sebab Xyra... segala masalah Cuppa rasa hilang bila tengok wajah Wife and anak... Walaupun masalah memang tak selesai lagi... Betullah kata orang... wajah isteri dan anak memang mendamaikan jiwa...
Sekarang .... baru Cuppa tau pengorbanan ayah dan ibu... ibu yang melahirkan Cuppa dan ayah yang banyak berkorban untuk Cuppa.. tak terbalas rasanya... terima kasih Ibu ayah... baru sekarang Cuppa rasa ape yang mereka pernah lalui untuk membesarkan anak.

Pada saat ini, Bermulalah cabaran baru dalam hidup Cuppa. Setapak kehadapan membawa cabaran sebagai seorang bapa. Permulaan yang sangat mencabar... Moga Tuhan dalam membantu dan mempermudahkan Cuppa mengharungi cabaran ini dengan penuh berkat. Amin











Salam,
Cuppaburn.

















Wednesday, February 1, 2012

Pengalaman Pertama





Salam,


Lama sudah Cuppa tak update blog. Sungguh sibuk dengan permaisuri baru Cuppa. Debaran untuk melihat cahaya mata Cuppa yang pertama telah pun dihadapi dengan pelbagai cabaran.

Tanggal 16 Jan 2012, wife Cuppa check in ward bersalin di Darul Ehsan Medical Central, Shah Alam. Pada jam 8.00 am wife Cuppa di masukkan ke bilik pembedahan (labour room) .
On 9.30 am , 1st medicine for induce dimasukkan . Now, we are scaring of  what will happens next. Cuppa and wife hanya berdoa dan bertawakal kepadaNYA , semoga semua berjalan lancar.

Around 12 pm . Wife Cuppa dipindahkan  ke wad. Kini Kami hanya menunggu ... Around 4 pm Wife Cuppa telah merasa sakit yang amat. Ini adalah kesan ubat yang dimasukkan tadi pagi. Kesakitan mula berterusan disebabkan servical Wife Cuppa sedand membuka... Doctor kata servical tu kene buka hingga 8cm baru bolah bersalin. Kesakitan berterusan hingga pukul 10 malam.
Arggghhh.. macam-macam perasaan Cuppa. Sangat kesian dengan wife yang sedang menahan sakit.. tapi hanya Tuhan saja yang dapat membantu wife Cuppa sekarang ni.
After 10 malam barulah Sakit tu hilang sikit. Wife Cuppa terus tidur sebab terlalu penat tahan sakit.


17 Jan 2012, 8 pagi lagi wife Cuppa sekali lagi masuk Labour Room. Air ketuban telah pecah. Kali ni Dortor masukkan ubat untuk induce pakai water drip pulak. Terus rasa sakit.
12.00 tengah hari, servical masih belum terbuka until 2 petang. Oleh kerana wife Cuppa terasa sakit yang amat. Dengan perbincangan kami wife Cuppa ambil Epidural untuk release the pain.
Now wife Cuppa da tak terasa sakit and baby pun dalam keadaan baik.

Around 3pm , servical masik tidak terbuka, tetapi yang lebih merisaukan heart beat baby semakin lemah. Semakin lama semakin menurun. Dalam pukul 3.15 Baby disyaki sedang lemas sebab degupan jantung semakin perlahan. Urgent operation terpaksa dilakukan untuk selamatkan baby dan wife Cuppa.


Alhamdulillah, operation berjalan lancar, selang beberapa minit doctor memanggil Cuppa unutk melihat baby. Yeahhh... Baby girl... Alhamdullillah.. azan pun Cuppa laungkan ke telinga baby Cuppa.
Tetapi hati masih risau memikirkan tentang Wife Cuppa yang tidak keluar dari Operation theater.
Alhamdullillah sekali lagi lagi. Lepas 1 jam baru Wife Cuppa keluar dengan selamat.

Kegembiraan jelas terpancar di muka parent kami. Lebih-lebih lagi wife Cuppa. Baby selamat dan wife Cuppa pun selamat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...