Monday, February 20, 2012

Note From My Sister


Salam,

Note from my lovely sister.. Buat Cuppa terfikir dan memahami sifat dalam diri ini.... harapan menjadi baik ... bukan mudah... this note menyedarkan Cuppa about something yang tidak ada dalam diri untuk mengejar kebaikan..

Perlahan, tetapi istiqomah 
Menjadi ‘baik’ bukan mudah. Bahkan, kalau kita memberatkan kepala kita dan berfikir terlalu jauh, maka kita akan lihat betapa kita ini memang tidak akan mampu menjadi ‘baik’. Sebab akhirnya kita akan melihat betapa ‘baik’ itu sendiri hakikatnya adalah satu kesempurnaan. Mustahil manusia akan mencapai kesempurnaan. Tetapi manusia masih boleh bergerak ke arah kesempurnaan. Walaupun mungkin tidak akan mencapai kesempurnaan, namun dalam perjalan manusia mencari kesempurnaan itu, insyaAllah dia akan meningkat ke arah kebaikan demi kebaikan. Semakin jauh perjalanannya di atas jalan mencapai kesempurnaan, semakin tertingkat dirinya. Sebab itu hendak menjadi ‘baik’ perlu disertai dengan kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati. Mula dengan perkara-perkara asas yang hendak diperbaiki. Buat jadual dan wujudkan target. Lakukannya perlahan-lahan tetapi pastikan ia berkekalan. Inilah dia jalan mereka yang telah berjaya melakukan perubahan. Suka kami menyatakan betapa manusia itu bukan seperti Plastisin yang diketuk terus berubah bentuk. Tetapi kami percaya bahawa manusia ibarat tanah liat yang hendak dibuat tembikar, perlu dibentuk perlahan-lahan dengan penuh kehalusan.


Bergeraklah menjadi baik. Walaupun payah dan sukar
Tiada yang pernah terlewat menjadi baik selagi belum mati, sebelum matahari terbit dari barat. Namun yang membuatkan kita tidak boleh melakukan penangguhan dalam bergerak menjadi baik adalah kita tidak tak tahu bila kita akan dijemput oleh kematian. Sebab itu, memang better late than never. Tetapi better not late at all. Memang menjadi ‘baik’ mengikut acuan Allah ini sukar. Kita perlu jaga diri kita 24/7/. Perlu sentiasa berjaga-jaga. Kalau buat salah perlu segera istighfar dan bertaubat. Macam-macam. Namun itulah dia mahar untuk mendapat rahmat Allah SWT yang tidak berbelah bagi. Dan kami penumpang bahtera tidak pernah nampak kerugian dalam berusaha menjadi baik. Mungkin rugi sedikit perkara-perkara kepuasan nafsu dan keseronokan dunia, tetapi untuk kehidupan di atas dunia yang harmoni dan bahagia, untuk kehidupan di akhirat yang abadi selamanya, apalah sangat pengorbanan sedikit kita itu. Allah bukan kejam. Setiap amal ada balasan. Setiap pengorbanan, ada timbal baliknya. Allah Maha Adil, Maha Penyayang, Maha Pengasih, lagi Maha Bijaksana.

 Note From Siti Fatimah Azzahra.
Thanks for the advice my dear sis...

 Salam ,
 Cuppaburn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...