2011 telah meninggalkan kita... usia semakin meningkat.. Collection kenangan pahit dan manis, kejayaan, pengalaman dan pengetahuan semakin bertambah. Semoga kedatangan 2012 akan menjajikan kebahagiaan untuk semua.
Bagi Cuppa Alhamdulillah Tuhan telah memberi peluang kepada Cuppa dan keluarga untuk meneruskan hidup dalam dunia yang dipinjamkan NYA. 2011 meninggalkan beribubu kenangan pahit manis bagi Cuppa. Tahun 2011 Cuppa telah mendirikan rumah tangga dan akan menimang cahaya mata.
Tahun 2011 yang lalu adalah tahun yang mencabar bagi Cuppa. Ini lah tahun yang banyak mengajar Cuppa erti kedewasan . Tahun yang mengajar Cuppa erti ketabahan, usaha dan sabar. Pelbagai rintangan, dugaan, oahit dan manis berlaku . Pengajaran dan tauladan ini lah yang mengajar Cuppa menjadi manusia .
Tidak banyak kejayaan yang Cuppa kecapi pada 2011. Sekadar kejayaan biasa untuk meneruskan hidup sebagai manusia normal. Tiada apa yang diharapkan pada 2011 sekadar ingin meneruskan hidup bahagia bersama keluarga yang dicintai.
Secara keseluruhan, apa yang diharapkan pada 2011 tidak menjadi, Ia lebih kepada pengajaran dan tauladan sebagai teras untuk memulakan hidup dan berbakti pada keluarga.
2012, tahun yang Cuppa rasa akan lebih mencabar, Lebih-lebih lagi apabila menunggu cahaya mata yang pertama kami. Dari segi career pula, Cuppa mengahrapkan dan akan berusaha untuk maju kedepan lagi supaya Cuppa boleh berbakti pada Ibu bapa dan keluarga.
Ya...!! Berbakti pada Ibu Bapa dan keluarga, Inilah azam yang utama Cuppa. ringankan beban ibu bapa dan memberi pelindungan penuh pada keluarga yang dulunya memang Cuppa lalai unutk membuat sesuatu yang baik pada mereka. Tahun 2012, Cuppa akan tebus segala kesilapan ini.
Akhir kata, Cuppa bersyukur, Walau ape pun yang berlaku, pahit dan manis, Keluarga dan kawan -kawan sentiasa memberi sokongan . Tiada apa yang yang penting buat Cuppa kecuali keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa di sisi sejak dari kecil. Diharap pada tahun 2012 ini, akan menjadi lebih baik dan lebih bahagia untuk Cuppa, keluarga dan kawan-kawan.
Cuppaburn |
No comments:
Post a Comment