Wednesday, January 30, 2013

Urgent

30 Jan 2013,

Bangun awal hari ni. Semangat nk pegi keje. Biasa cam malas je. Yeeehhaa.. Sampai awal office. Banyak keje pending. Kene settle. Kesian bos aku pending report sebab aku tak hantar report project lagi. Macam2 hal. Tapi keje smooth je hari ni. Tak ramai kat office sebab ada yang pegi Job kat Bintulu. Aku cam biasa kejar duit dari Client. Tapi otak agak lembab hari ni. Sebab kurang nacotine. Rokok elektrik aku tak bawak sbb da abis stock nicotine.

Tengah fikir nak lunch mana tiba-tiba wife call. Huuuu.. Mak mertua pulak tak sihat. Ermmm... Terpaksa pending lagi keje. Bekejar nak balik rumah. Kalau mak aku sakit sape pulak nak jaga Xyra. Wife pulak susah nak amik emergency leave ni. Keje contract kan. Kang banyak sangat EL nnti kene buang pulak. So... Aku la yang senang nak balik. Sbb company aku ni bab-bab family diaorang faham. Kene utamakan dulu.

Tengah termenung dalam train nak balik buat aku terfikir sebab ape aku susah sangat nak dapat kerja tempat lain. Mungkin ini sebabnya, company aku bab-bab cuti pasal family emergency ni senang. Bagi tau bos then balik. Ya.. Terfikir mungkin tuhan dah rencanakan aku dengan baik dan sempurna. Mungkin kalau aku kerja tempat lain susah nak dapat cuti or da lama kene buang asik memanjang ponteng sebab anak or mak sakit.

Disebabkan faktor-faktor ini la aku tak serius nak cari kerja lain. Aku tawakal je lah.

Alamak.. Cun la pulak amoi dalam train ni. Aiyaaaa... Hahahha... Tapi couple dia cam tak kene jer. Pakai sweater tengah-tengah hari buta ni. Cuci mata jap....

Sampai rumah .. Alhamdulillah semua ok. Aku suruk mak rest and tido. Maybe pening kepala sebab penat sangat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sakit lagi

25 Jan 2013, pagi-pagi terpaksa plan nk ponteng kerja. Nak hantar Puteri Xyra ke hospital. Kali ni nak jumpa doktor pakar pulak. Tak puas hati pesal la Xyra ni tak sihat-sihat. Allah menguji lagi. Dan kami terima,usaha dan tawakal pada-Nya melalui doktor. Tuhan je yang boleh sihatkan Xyra ni. Tapi sebagai hamba aku kene la usaha.

Appointment tak buat pun nk jumpa doktor pakar kat DEMC ni. Kami redah jer. Haha.. Doktor kata OK .. Tapi kene tunggu la. Ermmmm... Doktor kata Xyra cirit birit sebab dia ni ada elergi ubat. Antibiotic la punca. Dan start hari ni dia selsema dan batuk pulak.

Disebabkan batuk, kami 2 hari berulang ke hospital sebab Xyra kene Nebulizer. Betul ke spell aku ni.
Setiap lebih kurang 5 jam dia kene repeat nebulizer. Dan tiap kalia juga dia melalak cam nak kene penggal kepala. Kesian ada, kelakar pun ada. Wife da tentu-tentu la kesian kat dia. Yang aku ni asik nk ketawa je tengok Xyra menjerit.

Penat gak la berulang ke hospital sampai 5 kali sehari. Harap2 Allah sembuhkan dia.

Nasib baik la Xyra sakit time gaji kami keluar. Ada la duit nak bayar fee dia. Tauladan .. Kalau da ada anak bini tu .. Pandai-pandai la buat simpanan. Aku ni hampeh. Se sen pun x de menyimpan.
Dan awal bulan 2 ni la pulak roadtax keta mati. Battery keta wife kong. Tayar keta wife memang nk kene tukar. Pergghhhhhhh... Sakit aku bulan ni..

Tak per la.. Pengalaman mengajar. Lepas ni kene wat simpanan ni. Kalau x de sape yang sakit. Simpan pegi melancong. Ahhhaha.. Cam salah je cara aku menyimpan ni.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 23, 2013

kepala pusing

22 Jan 2013,
               Argghhh... bangun subuh dengan kepala yang berpusing2 .Tah kenapa... maybe semalam keje hujan... atau pun memang aku tak cukup tido... dua hari lepas kami sambut hari jadi puteri kami yang pertama... yang spoil nya.. Xyra puteri kami demam.. ha... tu yang tak tido tu.. pukul 1 pagi pegi klinik... then suhu dah memuncak pukul 3 pagi.. apa lagi ... terus kasi mandi kan dia.. then shoot ke hospital... ya.. pengalaman pertama kali... so.. kalau anak demam cepat-cepat lah pergi hospital..

                Ni da bangun pagi sakit kepala... apa lagi.. sms office cakap datang lewat.. then sambung tido... pukul 9 baru bangun sampai office pukul 10.. pukul 12 da kuar makan... haiyooo... pukul 5 balik .. dalam train termenung.. "ape aku buat dalam office tadi erk" ..hahahaha...

                Yang menariknya hari ni dalam rain terjumpa seorang insan yang sangat berbau. Tengok gaya macam homeless..hahaha... satu train tak selesa dengan bau yang hanyir, pekat dan hancing. Termasuklah aku...
Walaupun berbau... lama aku tenungg dia atas bawah... ermmm.. lama juga la.. sampai aku tengok orang lain tengah tengok aku sebab tengok mamat homeless ni... homeless ke..? ya... dari pandangan mata aku..
Lama tenung dia baru aku sedar yang mamat ni macam kurang sempurna... macam tak betul sikit... semua penumpang memang tak selesa dan jauhkan diri dari dia.. tah kenapa aku tak berganjak pun .. walau hidung aku macam da tak boleh terima.. beristifar dan mengucap aku bila air-cond train ni tolak bau dia ke lubang hidung aku...

                Dalam masa yang sama aku doakan dia selamat ke destinasi dia yang aku pun tak tau kemana dia.   Sebab da sampai last station pun dia tak turun. Mana la dia nak pegi kot. Saja2 jalan-jalan naik train kot. Kemudian aku tersedar yang mamat yang berbau dan macam tak betul ni adalah bakal ahli syurga... sebab aku pernah baca statement dari Sham Kamekaze yang orang tak siuman atau pun bahasa sopannya kurang sempurna akalnya adalah bakal ahli syurga. Hanya Allah yang tau.
               Wahh...!! bertuahnya aku dapat berdepan bakal ahli syurga. Tersenyum aku. Dari perasaan kesian terus timbul perasaan seperti iri hati. Ya.. dia bertuah kerana bakal menjadi ahli syurga.  ermmm.. terus muhasabah diri.. Bertuah aku dilahirkan sempurna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...