Wednesday, February 27, 2013

Terkenang Zaman Dulu

salam,

Tiba-tiba terkenang zaman dulu. and really miss my mom... she always know what will happened and what have i done. hahaha...
Sometimes bukudalam beg sekolah dia yang susun ikut jadual sekolah..

Wednesday, February 13, 2013

Bebaskan Dari Belenggu Hutang

Minggu kedua bulan Feb ini. Aku dapat idea macam mana nak settle hutang lapuk kredit kad ni. Argggghh .. Memang berhantu kredit kad ni. Pakai memang best. Agak-agak nak sesuatu yang mahal swipe je kad. Bulan-bulan bayar minimum. Tapi yang bestnye selain dari kene tanggung interest yang rata-rata 8.8%, kene pulak tanggung charge yang tah ape-ape. Tiba2 dalam bil ada pulak kene bayar insurance kad lah, management fee lah.. Macam-macam.
So, dengan aku ada peluang tuk keluarkan duit KWSP. Aku keluarkan je. Niat memang nak simpan duit tu nak buat renovation rumah baru. Tapi pikir-pikir balik, baik settle hutang dulu. Kurang komintment. Tak la aku mengkayakan lagi bank ni bayar charge yang bukan-bukan. Terminated terus kad ni. Lega bulan-bulan.

Eh... Pesal pulak En. Waja aku ni tak leh start. Bunyi ape pun tak der. Aduhai... Tgh ada duit rosak pulak dia. Ya allah.. Dugaan betul. Terpaksa pinjam En.Honda nak pg bank. Yang penting nak settle hutang dulu.

4.00 petang... masalah hutang telah selesai walau tidak sepenuhnya... lega.. tapi keta kau rosak ni ape cerita pulak. Pusing-pusing workshop semua tutup. Workshop family isnin baru bukak. Lama gak raya cina diaorg cuti. Hari aku cuti sebab da mabuk makan limau free. Mr. Waja ni jump start pun tak boleh.. sudah ku kerah  adik-adik iparku tolak pun tak leh gak... so biarjela sampai isnin.

ermmmmm... hutang hampir selesai.. orang yang berhutang dengan aku bila nak diselesaikan ni. hahah....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 8, 2013

Holiday Hari Wilayah

Jumaat lalu hari wilayah. Kami sekeluarga pergi bercuti. Tempat percutian yang agak mahal. Tempat tinggal dekat 3 ribu RM sebilik 3 hari. Wa... Hospility nya sangat berpuas hati. Pemandangan aga menarik. Hahahha... Kami sekeluarga bercuti kat dalam DEMC specialist hosp. Di Shah alam. Yaaaahaaa.. Menarik kan cuti hari wilayah aku. Berkampung aku and wife kat hospital temankan puteri kami mendapatkan rawatan. Ermmmm... Paru-paru ada virus. Batuk tak berenti. Kalau dibiarkan boleh semput.

Demam kejap ada kejap kebah. Allahuakbar..! Kesian aku tengok dia. Tido pun susah. Asik bangun disebabkan batuk.

Pada saat ini la. Aku dan wife muhasabah diri. Mengenangkan bertapa susah dan risau melihat anak sakit. Kemungkinan besar parent kami mesti malaluinya. Mesti parent kami dulu susah hati bila kami sakit. Aku and wife sebak bila mengenangkan parent kami yang pernah tanggung semua benda-benda mcm ni masa membesarkan kami. Masing-masing berlumba-lumpa untuk berkorban tanpa meminta balasan. Asalkan anak yang sakit ni dapat rawatan yang sempurna untuk sembuh.
Argggghhhhh... Kasihanya mengenangkan ayah yang gaji x seberapa dulu sebagai staff kerajaan menanggung belanja aku sakit dulu. Lagi sebak bila kenangkan ibu menjaga aku dikala sihat maupun sakit. Bertapa ingin berkorban sebagai parent kepada anak-anak.

Ya allah. Aku da memahami ape yang ibu dan ayah lalui dulu. Setelah aku laluinya sekarang. Saat aku menulis entri ini. Aku jadi sebak balik. Terfikir bagaimana aku ingin membalas jasa mereka. Walau aku perah habis darah dalam badan aku ni memang aku x dapat balas juga. Ya Allah .! Bagaimanakah cara nya aku ingin membalas jasa ibubapaku dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak,suami dan bapa. Harap aku dapat laluinya sebagaimana ayah lalui dulu.

Tapi kami lebih bernasib baik. Bil medical semua company punye insurance cover. Ermmm.. Lega tapi masih risau. Da kuar hospital pun xyra masih batuk lagi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...