Tuesday, February 7, 2012

Puteri Cuppa and Wife

Salam,

Tanggal 17 January 2012, alhamdullillah, Puteri kami telah selamat dilahirkan dengan cukup sifat dan telah di azanka Cuppa sendiri. Tepat jam 3.38 petang di Hospital Pakar Darul Ehsan di Shah Alam.

Dengan penuh rasa syukur yang tak terhingga Cuppa ucapkan kepada yang Masa Esa kerana semua selamat. Nama Puteri Xyra Nur Insyirah telah diberikan dengan Xyra bermaksud Bunga Ros, Nur pula Cahaya dan Insyirah kami ambil dari salah satu nama Surah didalam Al-Quran yang membawa maksud ketenangan,

Semoga Puteri Xyra dapat memberikan cahaya, ketenangan dan rezeki kepada rumah tangga kami.

Haha.. Muka sekarang sudah ada senyum... segala masalah terus hilang dari fikiran... semua sebab Xyra... segala masalah Cuppa rasa hilang bila tengok wajah Wife and anak... Walaupun masalah memang tak selesai lagi... Betullah kata orang... wajah isteri dan anak memang mendamaikan jiwa...
Sekarang .... baru Cuppa tau pengorbanan ayah dan ibu... ibu yang melahirkan Cuppa dan ayah yang banyak berkorban untuk Cuppa.. tak terbalas rasanya... terima kasih Ibu ayah... baru sekarang Cuppa rasa ape yang mereka pernah lalui untuk membesarkan anak.

Pada saat ini, Bermulalah cabaran baru dalam hidup Cuppa. Setapak kehadapan membawa cabaran sebagai seorang bapa. Permulaan yang sangat mencabar... Moga Tuhan dalam membantu dan mempermudahkan Cuppa mengharungi cabaran ini dengan penuh berkat. Amin











Salam,
Cuppaburn.

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...