Wednesday, March 6, 2013

Lemah

Jam 5.30.. Tepat aku angkat punggung dari work station... Dengan lemahnye... Aku terus balik. Seminggu ni... Badan rasa lemah. Tiada mood.. Nak buat ape pun malas kat office ni... Lagi2 malam tadi tido lewat settlekan account company adik. Yg ni semangat.. Hahaha... Sebab company sendiri...
Aku rasa badan rasa x larat mungkin sebab aku da lama tak bersenam. Bertambah lagi kat office macam dah tak der kerja. Otak dah tepu sebab da lama tak bergerak. Kerja memang tak der. Kalau ada pun tak penting dan malas nak buat.

Argggghhh... Kene cari inspirasi dan motivasi ni.. Tok guru aku kat office baru je berhijrah ke tempat lain. Lagi la aku tak semangat nak buat kerja. Kadang buat aku terfikir.. Halal ke rezeki yang aku cari ni.. Memandangkan aku banyak lepak dari buat kerja. Da memang x de kerja. Aku pun x leh buat ape.

Kadang-kadang tu terasa rindu tika office aku ni banyak job. Sibuk kalah pasar ikan. Stress sebab terlalu banyak kerja dan semua kerja adalah urgent. Masing-masing bersemangat time tu. Tapi sekarang aku stress sebab tak der kerja.

Aduhai.. Lambat pulak komuter ni. Buat masa ni aku semangat nak jumpa anak isteri je.

Sekarang datang kerja lambat, balik kerja on time. Hahhaha.. Cm ne la ni.. Mintak-mintak adalah rezeki aku kat tempat lain. Dah tak tahan da aku duk stress tak de kerja kat sini.

"Ya Allah..Ku bermohon agar rezeki yang aku perolehi ini halal untuk keperluan dan keselesaan aku dan keluarga. Dan ya Allah , berkatilah rezeki ini."
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, February 27, 2013

Terkenang Zaman Dulu

salam,

Tiba-tiba terkenang zaman dulu. and really miss my mom... she always know what will happened and what have i done. hahaha...
Sometimes bukudalam beg sekolah dia yang susun ikut jadual sekolah..

Wednesday, February 13, 2013

Bebaskan Dari Belenggu Hutang

Minggu kedua bulan Feb ini. Aku dapat idea macam mana nak settle hutang lapuk kredit kad ni. Argggghh .. Memang berhantu kredit kad ni. Pakai memang best. Agak-agak nak sesuatu yang mahal swipe je kad. Bulan-bulan bayar minimum. Tapi yang bestnye selain dari kene tanggung interest yang rata-rata 8.8%, kene pulak tanggung charge yang tah ape-ape. Tiba2 dalam bil ada pulak kene bayar insurance kad lah, management fee lah.. Macam-macam.
So, dengan aku ada peluang tuk keluarkan duit KWSP. Aku keluarkan je. Niat memang nak simpan duit tu nak buat renovation rumah baru. Tapi pikir-pikir balik, baik settle hutang dulu. Kurang komintment. Tak la aku mengkayakan lagi bank ni bayar charge yang bukan-bukan. Terminated terus kad ni. Lega bulan-bulan.

Eh... Pesal pulak En. Waja aku ni tak leh start. Bunyi ape pun tak der. Aduhai... Tgh ada duit rosak pulak dia. Ya allah.. Dugaan betul. Terpaksa pinjam En.Honda nak pg bank. Yang penting nak settle hutang dulu.

4.00 petang... masalah hutang telah selesai walau tidak sepenuhnya... lega.. tapi keta kau rosak ni ape cerita pulak. Pusing-pusing workshop semua tutup. Workshop family isnin baru bukak. Lama gak raya cina diaorg cuti. Hari aku cuti sebab da mabuk makan limau free. Mr. Waja ni jump start pun tak boleh.. sudah ku kerah  adik-adik iparku tolak pun tak leh gak... so biarjela sampai isnin.

ermmmmm... hutang hampir selesai.. orang yang berhutang dengan aku bila nak diselesaikan ni. hahah....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, February 8, 2013

Holiday Hari Wilayah

Jumaat lalu hari wilayah. Kami sekeluarga pergi bercuti. Tempat percutian yang agak mahal. Tempat tinggal dekat 3 ribu RM sebilik 3 hari. Wa... Hospility nya sangat berpuas hati. Pemandangan aga menarik. Hahahha... Kami sekeluarga bercuti kat dalam DEMC specialist hosp. Di Shah alam. Yaaaahaaa.. Menarik kan cuti hari wilayah aku. Berkampung aku and wife kat hospital temankan puteri kami mendapatkan rawatan. Ermmmm... Paru-paru ada virus. Batuk tak berenti. Kalau dibiarkan boleh semput.

Demam kejap ada kejap kebah. Allahuakbar..! Kesian aku tengok dia. Tido pun susah. Asik bangun disebabkan batuk.

Pada saat ini la. Aku dan wife muhasabah diri. Mengenangkan bertapa susah dan risau melihat anak sakit. Kemungkinan besar parent kami mesti malaluinya. Mesti parent kami dulu susah hati bila kami sakit. Aku and wife sebak bila mengenangkan parent kami yang pernah tanggung semua benda-benda mcm ni masa membesarkan kami. Masing-masing berlumba-lumpa untuk berkorban tanpa meminta balasan. Asalkan anak yang sakit ni dapat rawatan yang sempurna untuk sembuh.
Argggghhhhh... Kasihanya mengenangkan ayah yang gaji x seberapa dulu sebagai staff kerajaan menanggung belanja aku sakit dulu. Lagi sebak bila kenangkan ibu menjaga aku dikala sihat maupun sakit. Bertapa ingin berkorban sebagai parent kepada anak-anak.

Ya allah. Aku da memahami ape yang ibu dan ayah lalui dulu. Setelah aku laluinya sekarang. Saat aku menulis entri ini. Aku jadi sebak balik. Terfikir bagaimana aku ingin membalas jasa mereka. Walau aku perah habis darah dalam badan aku ni memang aku x dapat balas juga. Ya Allah .! Bagaimanakah cara nya aku ingin membalas jasa ibubapaku dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak,suami dan bapa. Harap aku dapat laluinya sebagaimana ayah lalui dulu.

Tapi kami lebih bernasib baik. Bil medical semua company punye insurance cover. Ermmm.. Lega tapi masih risau. Da kuar hospital pun xyra masih batuk lagi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 30, 2013

Urgent

30 Jan 2013,

Bangun awal hari ni. Semangat nk pegi keje. Biasa cam malas je. Yeeehhaa.. Sampai awal office. Banyak keje pending. Kene settle. Kesian bos aku pending report sebab aku tak hantar report project lagi. Macam2 hal. Tapi keje smooth je hari ni. Tak ramai kat office sebab ada yang pegi Job kat Bintulu. Aku cam biasa kejar duit dari Client. Tapi otak agak lembab hari ni. Sebab kurang nacotine. Rokok elektrik aku tak bawak sbb da abis stock nicotine.

Tengah fikir nak lunch mana tiba-tiba wife call. Huuuu.. Mak mertua pulak tak sihat. Ermmm... Terpaksa pending lagi keje. Bekejar nak balik rumah. Kalau mak aku sakit sape pulak nak jaga Xyra. Wife pulak susah nak amik emergency leave ni. Keje contract kan. Kang banyak sangat EL nnti kene buang pulak. So... Aku la yang senang nak balik. Sbb company aku ni bab-bab family diaorang faham. Kene utamakan dulu.

Tengah termenung dalam train nak balik buat aku terfikir sebab ape aku susah sangat nak dapat kerja tempat lain. Mungkin ini sebabnya, company aku bab-bab cuti pasal family emergency ni senang. Bagi tau bos then balik. Ya.. Terfikir mungkin tuhan dah rencanakan aku dengan baik dan sempurna. Mungkin kalau aku kerja tempat lain susah nak dapat cuti or da lama kene buang asik memanjang ponteng sebab anak or mak sakit.

Disebabkan faktor-faktor ini la aku tak serius nak cari kerja lain. Aku tawakal je lah.

Alamak.. Cun la pulak amoi dalam train ni. Aiyaaaa... Hahahha... Tapi couple dia cam tak kene jer. Pakai sweater tengah-tengah hari buta ni. Cuci mata jap....

Sampai rumah .. Alhamdulillah semua ok. Aku suruk mak rest and tido. Maybe pening kepala sebab penat sangat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sakit lagi

25 Jan 2013, pagi-pagi terpaksa plan nk ponteng kerja. Nak hantar Puteri Xyra ke hospital. Kali ni nak jumpa doktor pakar pulak. Tak puas hati pesal la Xyra ni tak sihat-sihat. Allah menguji lagi. Dan kami terima,usaha dan tawakal pada-Nya melalui doktor. Tuhan je yang boleh sihatkan Xyra ni. Tapi sebagai hamba aku kene la usaha.

Appointment tak buat pun nk jumpa doktor pakar kat DEMC ni. Kami redah jer. Haha.. Doktor kata OK .. Tapi kene tunggu la. Ermmmm... Doktor kata Xyra cirit birit sebab dia ni ada elergi ubat. Antibiotic la punca. Dan start hari ni dia selsema dan batuk pulak.

Disebabkan batuk, kami 2 hari berulang ke hospital sebab Xyra kene Nebulizer. Betul ke spell aku ni.
Setiap lebih kurang 5 jam dia kene repeat nebulizer. Dan tiap kalia juga dia melalak cam nak kene penggal kepala. Kesian ada, kelakar pun ada. Wife da tentu-tentu la kesian kat dia. Yang aku ni asik nk ketawa je tengok Xyra menjerit.

Penat gak la berulang ke hospital sampai 5 kali sehari. Harap2 Allah sembuhkan dia.

Nasib baik la Xyra sakit time gaji kami keluar. Ada la duit nak bayar fee dia. Tauladan .. Kalau da ada anak bini tu .. Pandai-pandai la buat simpanan. Aku ni hampeh. Se sen pun x de menyimpan.
Dan awal bulan 2 ni la pulak roadtax keta mati. Battery keta wife kong. Tayar keta wife memang nk kene tukar. Pergghhhhhhh... Sakit aku bulan ni..

Tak per la.. Pengalaman mengajar. Lepas ni kene wat simpanan ni. Kalau x de sape yang sakit. Simpan pegi melancong. Ahhhaha.. Cam salah je cara aku menyimpan ni.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 23, 2013

kepala pusing

22 Jan 2013,
               Argghhh... bangun subuh dengan kepala yang berpusing2 .Tah kenapa... maybe semalam keje hujan... atau pun memang aku tak cukup tido... dua hari lepas kami sambut hari jadi puteri kami yang pertama... yang spoil nya.. Xyra puteri kami demam.. ha... tu yang tak tido tu.. pukul 1 pagi pegi klinik... then suhu dah memuncak pukul 3 pagi.. apa lagi ... terus kasi mandi kan dia.. then shoot ke hospital... ya.. pengalaman pertama kali... so.. kalau anak demam cepat-cepat lah pergi hospital..

                Ni da bangun pagi sakit kepala... apa lagi.. sms office cakap datang lewat.. then sambung tido... pukul 9 baru bangun sampai office pukul 10.. pukul 12 da kuar makan... haiyooo... pukul 5 balik .. dalam train termenung.. "ape aku buat dalam office tadi erk" ..hahahaha...

                Yang menariknya hari ni dalam rain terjumpa seorang insan yang sangat berbau. Tengok gaya macam homeless..hahaha... satu train tak selesa dengan bau yang hanyir, pekat dan hancing. Termasuklah aku...
Walaupun berbau... lama aku tenungg dia atas bawah... ermmm.. lama juga la.. sampai aku tengok orang lain tengah tengok aku sebab tengok mamat homeless ni... homeless ke..? ya... dari pandangan mata aku..
Lama tenung dia baru aku sedar yang mamat ni macam kurang sempurna... macam tak betul sikit... semua penumpang memang tak selesa dan jauhkan diri dari dia.. tah kenapa aku tak berganjak pun .. walau hidung aku macam da tak boleh terima.. beristifar dan mengucap aku bila air-cond train ni tolak bau dia ke lubang hidung aku...

                Dalam masa yang sama aku doakan dia selamat ke destinasi dia yang aku pun tak tau kemana dia.   Sebab da sampai last station pun dia tak turun. Mana la dia nak pegi kot. Saja2 jalan-jalan naik train kot. Kemudian aku tersedar yang mamat yang berbau dan macam tak betul ni adalah bakal ahli syurga... sebab aku pernah baca statement dari Sham Kamekaze yang orang tak siuman atau pun bahasa sopannya kurang sempurna akalnya adalah bakal ahli syurga. Hanya Allah yang tau.
               Wahh...!! bertuahnya aku dapat berdepan bakal ahli syurga. Tersenyum aku. Dari perasaan kesian terus timbul perasaan seperti iri hati. Ya.. dia bertuah kerana bakal menjadi ahli syurga.  ermmm.. terus muhasabah diri.. Bertuah aku dilahirkan sempurna.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...