Wednesday, January 23, 2013

kepala pusing

22 Jan 2013,
               Argghhh... bangun subuh dengan kepala yang berpusing2 .Tah kenapa... maybe semalam keje hujan... atau pun memang aku tak cukup tido... dua hari lepas kami sambut hari jadi puteri kami yang pertama... yang spoil nya.. Xyra puteri kami demam.. ha... tu yang tak tido tu.. pukul 1 pagi pegi klinik... then suhu dah memuncak pukul 3 pagi.. apa lagi ... terus kasi mandi kan dia.. then shoot ke hospital... ya.. pengalaman pertama kali... so.. kalau anak demam cepat-cepat lah pergi hospital..

                Ni da bangun pagi sakit kepala... apa lagi.. sms office cakap datang lewat.. then sambung tido... pukul 9 baru bangun sampai office pukul 10.. pukul 12 da kuar makan... haiyooo... pukul 5 balik .. dalam train termenung.. "ape aku buat dalam office tadi erk" ..hahahaha...

                Yang menariknya hari ni dalam rain terjumpa seorang insan yang sangat berbau. Tengok gaya macam homeless..hahaha... satu train tak selesa dengan bau yang hanyir, pekat dan hancing. Termasuklah aku...
Walaupun berbau... lama aku tenungg dia atas bawah... ermmm.. lama juga la.. sampai aku tengok orang lain tengah tengok aku sebab tengok mamat homeless ni... homeless ke..? ya... dari pandangan mata aku..
Lama tenung dia baru aku sedar yang mamat ni macam kurang sempurna... macam tak betul sikit... semua penumpang memang tak selesa dan jauhkan diri dari dia.. tah kenapa aku tak berganjak pun .. walau hidung aku macam da tak boleh terima.. beristifar dan mengucap aku bila air-cond train ni tolak bau dia ke lubang hidung aku...

                Dalam masa yang sama aku doakan dia selamat ke destinasi dia yang aku pun tak tau kemana dia.   Sebab da sampai last station pun dia tak turun. Mana la dia nak pegi kot. Saja2 jalan-jalan naik train kot. Kemudian aku tersedar yang mamat yang berbau dan macam tak betul ni adalah bakal ahli syurga... sebab aku pernah baca statement dari Sham Kamekaze yang orang tak siuman atau pun bahasa sopannya kurang sempurna akalnya adalah bakal ahli syurga. Hanya Allah yang tau.
               Wahh...!! bertuahnya aku dapat berdepan bakal ahli syurga. Tersenyum aku. Dari perasaan kesian terus timbul perasaan seperti iri hati. Ya.. dia bertuah kerana bakal menjadi ahli syurga.  ermmm.. terus muhasabah diri.. Bertuah aku dilahirkan sempurna.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...