Thursday, December 1, 2011

[Video] Nasi Ambang Budaya Masyarakat Jawa

Salam,

Last week , Cousin Cuppa buat kenduri Aqiqah anak. sekor lembu tumbang. buat Aqiqah untuk 3 baby sekali sebagai tanda kesyukuran kepada Allah seperti mana yang dituntut oleh Islam. Anak lelaki 2/7 bahagian lembu @ 2 ekor kambing dan Anak perempuan 1/7 Bahagian lembu @ 1 elor kambing.

Yang menarik kenduri kat kampung Cuppa ni..Kampung Jenjarom, Kuala Langat, Banting Selangor. Budaya masyarakat Jawa masih lagi terpelihara. Salah satu semasa kenduri mereka masih lagi mengamalkan cara hidangan tradisional iaitu Nasi Ambang.

Nasi ambang ialah nasi yang bercampur pelbagai lauk masakan Jawa seperti Tempe, Bee hoon( ha.. Orang Jawa buat lauk tau bee hoon goreng ni), Serunding kelapa, Sayur, Ayam dan yang utama Nasi.
Ia dihidang daam stu dulang yang akan dibahagikan kepada 4 or 5 bahagian untuk dibungkus dan dibawa pulang makan bersama keluarga. Baguskan. Family kat rumah yang tak pergi kenduri pun dapat makan.

Kalau dulu , mereka bungkus pakai daun pisang and ikat dengan tali jer. So wangi daun pisang tu akan terasa bila makan. Tapi sekarang dah pakai plastik jer. Mudah sikit  kot.
Selain cara ni . Ada taun rumah da bungkus siap-siap untuk tetamu bawak balik. lagi senang... tapi konsep still sama... bungkus dan bawa pulang.

Video ni Cuppa rakam tuk kongsi bersama. Kalau dulu memang tak sabar tunggu ayah balik kenduri sebab nak makan nasi ambang. Harap tradisi ni akan berkekalan.

Cuppaburn



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...