Wednesday, December 14, 2011

Dosa Silam Menghantui

Salam,


Betul kata orang, Dosa kita dengan Tuhan , Kita boleh bertaubat, Dan jadikan apa kesilapan yang dilakukan dulu menjadi ikhtibar dan tauladan untuk kita menempuh hari-hari mendatang sambil sentiasa mengharap taubat dan ampun kita diterima oleh NYA. Tetapi tidak pada sesama manusia, dosa kita dengan manusia amat susah untuk mencari keampunan. Setelah taubat dan keampunan dicari, kesan masih tinggal menjadi duri . Dugaan yang datang setelah kembali ke pangkal jalan banyak datang dari dosa silam kita dengan sesama manusia. Oleh itu, untuk kembali ke jalan yang benar, kuatkan lah azam dan keimanan. Semoga Allah memberi kita pertunjuk untuk mencari jalan melangsaikan dosa kita kepada sesama manusia. 


Jangan berputus asa dan lemah semangat, kongsi bersama orang tersayang supaya mendapat sokongan dan jalan . Kuatkan semangat mu, jangan terputus doa-doa mu, jangan berbolak-balik iman mu, jangan  hilang semangat mu, jangan hilang keyakinan mu kepadaNYA, jangan dipendam, jangan cepat melenting, berdoalah agar Tuhan sentiasa ada untuk menolong kita. Jangan sesekali mempersoalkan tadirNya, Jangan sesekali mempersoalkan doa-doa yang dipohon kepadaNYA. Hanya DIA yang tahu, Hanya DIA yang berkuasa, Hanya DIA yang memberi Dan DIAlah yang akan menentukan segalanya.


Janganlah berputus asa, teruskan la hidup, bekerjalah seperti hidup kita bergantung kepadanya dan beribadat, berdoalah seperti kita bergantung kepadanya.
Bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi, beribadatlah seperti esok hari kita akan mati.


Sesungguhnya dugaan yang datang memberikan hikmah yang tidak pernah terfikir oleh sebelum ini. Dugaan menjadikan kita lebih dekat kepadaNYA. Dugaan akan membuat kita sentiasa ingat kepadaNYA. Jangan persoalkan " dulu senang tak ingat tuhan, da susah baru nak fikir tuhan!!" . Ini adalah kata-kata yang melemahkan  diri kita untuk semakin mendekatiNYA. Mungkin inilah caranya DIA menyedarkan kita yang kita semakin jauh  dan sesat . Dugaan yang diberi adalah kunci untuk jalan kita pulang.


Dipuncak atau dibawah semasa kita ke pangkal jalan, tetap ada dugaan. Dugaan kesenangan selepas susah, dugaan susah selepas senang. Semua telah dirancangNYA. Tenang dan sabar menghadapinya akan membuahkan hasil yang kita pun tidak tahu bila. Tunggu, lihat dan harunginya bersama iman dan takwa.








Sekadar renungan bersama,


Cuppaburn,




1 comment:

  1. dektkan la diri dgn alquran.. sbb dlm quran penawar n penenang hati,,. kite berhubung ngan ALLAH melalui doa, dy bg sume reponse dlm quran. bace n hayti.. chill bro.. always sopprt you.._ur lilsis_

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...