Wednesday, August 24, 2011

Takziah Buat Keluarga

Takziah Buat Keluarga
Assalamualakum....


Al-fatihah...


Pada malam malam ke-21 Ramadhan , ketika bersolat terawih, Cuppa sekeluarga dikejutkan dengan pemergian saudara rapat kami . Arwah yang kami panggil  Atok Lokman telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 9 p.m. Alhamdulillah arwah hanya menanggung kesakitan barah hati yang dialaminya hanya 2 minggu. Arwah berumur lewat 70-an. Arwah telah dikebumikan dengan sempurna pada pagi Ahad 21 August 2011 di kampung Jenjarom , kampung halaman Cuppa . 


Ketika hayatnya, Cuppa hanya tau serba sedikit tentang zaman muda arwah. itu pun dari mulut ayah dan ibu. Ketika muda arwah seorang tentera . Dia adalah salah seorang pejuang negara mempertahankan negara dari keganasan komunis. Ketika itu arwah menyertai tentera British. Arwah seorang yang tegas dengan anak-anak sehinggalah arwah meniti hari tua. So... Tidak hairan lah anak-anak arwah semuanya berjaya, antaranya bekerjaya sebagai doktor perubatan, Jurutera dan analisis saham.


Itu serba ringkas tentang arwah ketika muda. Cuppa hanye rapat dengan beliau ketika arwah sudah pun tua. Cuppa suka berbual dengan arwah kerana buakan arwah semuanya berisi. Segala nasihat arwah Cuppa masih simpan untuk dijadikan tauladan dan bekalan hidup. 


Arwah adalah seorang yang aktif. Pada tahun lalu arwah telah mengembara seorang diri ke negara-negara Eropah dan Asia. Menakjubkan dan tergamam mendengar cerita arwah ketika dia berada di Europe. Macam-macam budaya arwah da tengok. Cerita arwah disamun menakutkan Cuppa . Tapi Arwah bersahaja bercerita tentang detik arwah disamun. Ketika itu dia berapa di Spain. 


Sekali lagi Cuppa ucapkan takziah, perginya antara wira negara ketika zaman komunis, ketua keluarga, tokoh dan idola Cuppa.






Sedih bro.....



 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...