Wednesday, February 13, 2013

Bebaskan Dari Belenggu Hutang

Minggu kedua bulan Feb ini. Aku dapat idea macam mana nak settle hutang lapuk kredit kad ni. Argggghh .. Memang berhantu kredit kad ni. Pakai memang best. Agak-agak nak sesuatu yang mahal swipe je kad. Bulan-bulan bayar minimum. Tapi yang bestnye selain dari kene tanggung interest yang rata-rata 8.8%, kene pulak tanggung charge yang tah ape-ape. Tiba2 dalam bil ada pulak kene bayar insurance kad lah, management fee lah.. Macam-macam.
So, dengan aku ada peluang tuk keluarkan duit KWSP. Aku keluarkan je. Niat memang nak simpan duit tu nak buat renovation rumah baru. Tapi pikir-pikir balik, baik settle hutang dulu. Kurang komintment. Tak la aku mengkayakan lagi bank ni bayar charge yang bukan-bukan. Terminated terus kad ni. Lega bulan-bulan.

Eh... Pesal pulak En. Waja aku ni tak leh start. Bunyi ape pun tak der. Aduhai... Tgh ada duit rosak pulak dia. Ya allah.. Dugaan betul. Terpaksa pinjam En.Honda nak pg bank. Yang penting nak settle hutang dulu.

4.00 petang... masalah hutang telah selesai walau tidak sepenuhnya... lega.. tapi keta kau rosak ni ape cerita pulak. Pusing-pusing workshop semua tutup. Workshop family isnin baru bukak. Lama gak raya cina diaorg cuti. Hari aku cuti sebab da mabuk makan limau free. Mr. Waja ni jump start pun tak boleh.. sudah ku kerah  adik-adik iparku tolak pun tak leh gak... so biarjela sampai isnin.

ermmmmm... hutang hampir selesai.. orang yang berhutang dengan aku bila nak diselesaikan ni. hahah....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...